Congkak @IOI City Mall, Putrajaya [Recommended]
Salam petang Tahun baru 2023. Sis melepak dengan kawan-kawan untuk mencuba salah satu restoran yang tersenarai dalam Michelin Guide yang akan recommend kedai makan yang sedap dan berbaloi untuk dicuba.
Michelin Guide ini baru je debut dekat Malaysia, sebelum ini takder pun list. Pertama sekali tahniah kepada restoran Congkak yang tersenarai dalam Michelin Guide untuk restoran-restoran di KL & Penang.
Secara jujur memang sedap makanan-makanan yang dia jual....harga pun have have gitu ha ha ha ha.
Lontong |
Nasi Ambeng |
Nasi Ambeng ini boleh share dengan 4 orang sebenarnya. Makan kongsi-kongsi sebenarnya sangat best. Nikmat gitu. Ia didatangkan juga dengan gulai ayam. Beli je set 3-4 orang ni makan share. Dalam RM100++ set nasi Ambeng ni. Dalam tu ada telur masin, acar, sambal terung, keropok, ikan masin, ikan goreng, serunding kelapa, sohun selalu orang makan dengan mee goreng kan? ha ha ha.
Gulai Ayam |
Sambal yang disertakan bersama keropok empeng |
Satay Nusantara |
Jujur Satay Nusantara ini sedap. Dia cicah dengan kicap tapi sangat sedap. Daging dia lembut. Highly recommended.
Rating
Food:
★★★★★
Price:
★★★★☆
Waktu Operasi:
10:00am-10mlm
(Isnin - Ahad)
Lokasi
City, LG-233, Level LG, IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Comments
Post a Comment