Translate

Suki-Ya, Restoran Steamboat Jepun (Sukiyaki/Shabu-Shabu) [RECOMMENDED]

Salam,

Hari ini kami telah terjah ke restoran steamboat Jepun yang bernama Suki-Ya. Kami terjah Suki-Ya cawangan USJ di Damen Mall.

Suki-Ya berjaya mengabungkan makanan steamboat yang lazim di Jepun iatu Sukiyaki dan Shabu-Shabu.

Apa itu Sukiyaki?

Sukiyaki adalah satu makanan Jepun rebusan sayur dan daging nipis yang disediakan dalam periuk panas.

Cara untuk membuat sukiyaki adalah dengan merebus terlebih dahulu sayur-sayuran kedalam air rebusan sukiyaki yang terdiri daripada campuran sos soya, gula dan mirin. Kalau untuk di kedai Suki-Ya saya difahamkan mereka tidak mengunakkan alkohol/mirin di dalam air rebusannya. Untuk keterangan lebih lanjut sila lawati laman sesawang mereka.

Selepas sayur-sayuran keras direbus daging hirisan nipis dimasak untuk seketika dan dimakan dengan celupan telur mentah.

Biasanya Sukiyaki ini dimakan pada musim sejuk.

Apa pula Shabu-Shabu? 

Shabu-Shabu adalah makanan Jepun rebusan sayur dan juga daging nipis yang disediakan dalam periuk panas. Tapi apa yang membezakan Shabu-Shabu daripada Sukiyaki adalah, air rebusan yang digunakan jernih (tiada sos soya), masam-masam  dan kurang manis berbanding air rebusan Sukiyaki.

Shabu-Shabu juga ada pelbagai sos pilihan untuk dicelup bersama.

Review restoran Suki-Ya.



 

Pertama sekali, kami mengambil set buffet di mana, kami boleh mengambil sebanyak mana daging/ayam/kambing dan sayuran-sayuran,sushi, meat ball, seafood ball, soya, udon, aiskrim, air, dan pelbagai lagi.

Konsep buffet ini lebih kurang dengan Seoul Garden. Tapi daging yang dihidangkan dipotong secara nipis dan fresh(merah menyala)

Mereka memberi pilihan sama ada kita nak panaskan air rebusan Sukiyaki/Shabu-Shabu/Miso/Kimchi.

Kami memilih air rebusan Sukiyaki dan Miso. Air rebusan miso lazimnya adalah satu rebusan/sup yang menggunakan miso/soya paste dan rebusan bonito. Miso paste pula diperbuat daripada tapaian soya dan garam bertahun-tahun.



Bagi saya kedua-dua rebusan yang kami pilih memang sedap dan balance. Bagi yang suka manis mungkin akan gemar rebusan Sukiyaki.

Selepas itu untuk menyedapkan lagi air rebusan tadi kami masukkan sayuran-sayuran dan seafood terlebih dahulu. Rebus sehingga lembut dan masukkan daging.




 


Daging unlimited, dan dia awal-awal dah bagi 3 stack pinggan daging, 3 stack pinggan ayam, dan 4 stack pinggan kambing.


Kiri ayam, Kanan daging


Kambing, warna dia sedikit kurang merah daripada daging.

Daging itu hanya perlu direbus untuk seketika dan sedia untuk makan. Kalau ikut tradisi Sukiyaki kita makan daging tadi celupan telur mentah yang telah pun dikacau. Sedap dengan rasa lemak krim telur mentah. Bagi saya lah.

Untuk Shabu-Shabu, restoran ini menyediakan beberapa sos utama iaitu Gomatare (sos bijan), Ponzu (shoyu + cuka), Misotare (sos miso) . Tapi mereka juga ada sos lain cuma saya lupa nak tangkap gambar bahagian itu.

Selain itu juga kami makan sushi :D. Rasa sushi dia tak sedap mana.Size comel. ok lah and included in buffet!



 Misotare, saya rasa sangat kena dengan citarasa orang Malaysia yang gemarkan rasa pedas ala-ala sambal belacan. Bila saya makan sos ni yang sebenarnya diperbuat daripada miso dan bahan campuran lain. Saya rasa mereka dah ubah suai sebab kalau tak silap memang nampak gabungan mantap cili buat rasa macam sambal. Saya juga dapat rasa bawang putih sebab lepas makan ada rasa bau bawang putih yang slalu kita rasa lepas makan nasi ayam. tapi rasa sos ni tak sama langsung dengan sos Nasi Ayam.


 Sos Misotare!


Selain daripada itu kita dapat lihat juga sos mayonis bijan. Rasa sama seperti mayonis bijan yang dijual di super market.

Patutnya last sekali bila dah habis kita juga boleh makan sup rebusan tadi bersama Udon atau nasi untuk menikmati air rebusan itu. Saya perasan ada Udon, tapi tak perasan nasi.

 Jangan lupa makan aiskrim matcha dan aiskrim coklat! Caution aiskrim macha dia pahit skit.




Total yang dibelanjakan untuk buffet dua orang adalah: RM87.70

Video:
Ini rakaman di Sukiya IOI Putrajaya. Kali ke-3 saya makan :D; enjoy dan boleh support youtube channel kami! ada banyak video makanan.


Website:
http://www.suki-ya.com/

Rasa:
4.5/5

Alamat:
Sukiya Damen Mall USJ
L1-15 First Floor,
Jalan USJ Sentral 1,
Persiaran Subang 1,
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel:
+603 8011 8881

Suasana:
3.5/5

Servis:
4.5/5

Harga:
3/5


Comments

  1. PokerStars Casino Launches in Connecticut and Virginia
    PokerStars Casino has launched in Virginia in partnership with MGM 의왕 출장안마 National Harbor 바카라 사이트 in Harrah's Philadelphia. 군포 출장마사지 The 속초 출장샵 casino has a full gaming floor, 사천 출장마사지

    ReplyDelete

Post a Comment