Translate

Restoran Kari Kambing 40 Hari dekat Yong Peng, Johor [RECOMMENDED]

Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.

Dan kami ada singgah di Restoran Kari Kambing 40 Hari!

Sebelum saya buat itinerary perjalanan, saya telah pun membuat beberapa carian untuk tempat makan yang kita mesti cuba semasa berjalan ke Johor.

Ya betul, Johor kalau nak dibandingkan dengan Melaka, saya rasa di Melaka lagi banyak tempat yang menarik. jadi kat Johor saya cuba focus kepada makanan.

Lepas kami bermain air di Jasin Hot Spring kami menuju ke sini. Nasib baik sempat terjah walaupun dah agak lewat, kedai sepatutnya dah nak tutup tapi tak tutup lagi.

Pertama sekali mari kita merungkai sejarah 40 hari ini.

Restoran ini diusahakan oleh seorang Chef bernama Anuar Abdul Aziz. Beliau mengatakan bahawa nama 40 hari itu diletakkan berdasarkan kisah-kisah dalam Islam yang banyak menceritakan peristiwa yang berlaku selama 40 hari, kisah nabi-nabi dan sebagainnya. Dan beliau sendiri suka akan nombor 40.

Set pinggan nasi arab RM13 kalau tak salah untuk kambing; harga sama dengan ayam. Cuma kalau kari kambing ini kuah nya lebih pekat

Nasi Arab Ayam RM13; Nasi menggunakan basmathi rice, nasi ini sesuai untuk orang yang tak suka kuah kari pekat~

Kawasan luas, ada juga tempat duduk bersila dekat depan. Ada juga surau dan tandas
tengah beratur untuk dapatkan makan. Ya layan diri, pergi di kaunter beratur ambil nasi, order air dan bayar

kami datang lewat 3PM ++, nasib baik masih buka, dan parking banyak sebab dah lewat.
Perlu ke makan nasi dalam dulang? Sekiranya anda datang dengan keluarga yang ramai lebih kurang 4/5 orang, sebaiknya ambil set dulang sebab dapat air free dalam jug. Kami 3 orang ambil set pinggan, campur air harga dah nak dekat dengan set dulang. Set dulang adalah RM48. Bila kami add up sama jer harga. Tapi AWAS set dulang ini banyak tau..kalau 3 orang buncit juga minum air satu jug..nasi pun banyak. Siap ramai yang tapau balik sebab terlebih order. Sebaiknya. check dulu berapa ramai. Satu dulang itu boleh makan 4-6 orang insyaAllah.

Kemudahan:
Surau
Tandas

Food:
★★★★☆

Price:
★★★☆☆

Waktu Operasi:
7:30am-3:30pm

Lokasi:
Air Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor



Comments

Post a Comment