Translate

Cendol Jam Besar Melaka [RECOMMENDED]

Salam Semua!

Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.

Dan kami ada singgah di Cendol Jam Besar Melaka ini. Ye memang famous dan sedap, harga pun tak mahal sangat. Bagi saya sangat-sangat berbaloi selepas banyak berjalan di bawah matahari terik!

Blog travel saya, posts di Melaka~ jemput baca :Jalan-jalan Melaka

Yang kami cuba adalah Cendol biasa, cendol pulut dan abc, Kalau tak silap kos untuk semua ini bawah rm10, cendol biasa rm2.50-rm3, pulut RM3-3.5, dan abc rm3-4, ada lagi menu-menu lain. harga tepat saya tak ingat maaf!

ABC, Cendol, Cendol + Pulut

memang ramai tapi Alhamdulillah masih ada ruang untuk duduk di Cendol Jam Besar Melaka

Seberang sahaja dari Jam Besar Melaka ini

Lokasi:
Bandar Hilir, 75200 Malacca
Malaysia

Ratings

Food:
★★★★☆

Price:
★★★★☆

Waktu Operasi:
10am-7pm

Comments