Translate

Coconut Shake Klebang Melaka [RECOMMENDED]



Salam Semua!

Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.

Dan dalam trip itu kami singgah di Klebang Coconut Shake!

Blog travel saya, posts di Melaka~ jemput baca :Jalan-jalan Melaka

Ok sebenarnya dah bertahun-tahun saya tak minum coconut shake. Overall saya boleh katakan coconut shake dekat sini adalah yang terbaik.

Ya dulu saya rasa biasa sahaja, tapi setelah mencuba coconut shake yang lain di Penang, di KL, di Johor, sememangnya Klebang Coconut Shake adalah yang terbaik.

Setelah bertahun-tahun, saya pergi balik ke lokasi yang sama untuk mendapatkan coconut shake yang real!

Kalau versi original memang ada kat satu tempat. Selain itu kalau tak salah mereka juga ada menjual di atas foodtruck dekat Pantai Klebang.

Tapi saya nak juga beli dekat kedai dia untuk kepuasan dan tiada kekecewaan.

Boleh refer pada lokasi untuk lawat kawasan tersebut.

Apa yang menariknya, adalah kita boleh pilih sama ada nak topping ice-cream atau tidak dan berapa scoop yang kita inginkan.

Sekarang mereka dah sangat maju dah ada mesin besar untuk process coconut shake itu, ala-ala mesin Slurpee~

Pada yang ingin singgah minum dan makan boleh masuk bahagian dalam kedai. untuk kami yang just nak air, parking tepi jalan, jalan kaki skit pergi ke bahagian stall kecil untuk coconut shake sahaja.


Harga coconut shake dengan ice-cream vanilla hanya RM4. Masih murah kalau nak bandingkan dengan tempat-tempat lain

Rasa dia memang balance, rasa air kelapa tu ada, jadi dia bukan manis gula. Ditambah pula dengan ais krim kan :D


Lokasi:
Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka, Kesibang, 75250

Food:
★★★★

 
Price:
★★★★

 
Waktu Operasi:
11am-6:30pm  


Hari jumaat mungkin 2:30pm-6:30pm 

Comments

Popular Posts