Translate

Ayam Penyet Surabaya di USJ 9, Subang Jaya

 

Ayam Penyet Surabaya

Seperti dalam gambar, ada ayam kampung, sambal terung, tauhu goreng, tempe goreng + kacang, sambal penyet dalam pek + kicap dalam pek, salad dan timun.

Nasi putih dia lembut. Tak tahu dia pakai beras apa. Kalau ikutkan tengok tauhu dia nampak macam gelap. tapi sebenarnya, sedap masih lembut kat dalam dan ranggup di luar.

Sis tulis juga dalam review sebab harga+portion sangat berbaloi.
 
Sambal dia ada rasa, bukanlah takder rasa sambal penyet seperti kedai2 yang mencuba untuk menjual ayam penyet. Sis ada pergi restaurant lagi satu brand lain yang agak famous tapi kualiti untuk branch Putra Height macam kurang skit jadi nak promote pun mikir banyak kali..(tak buat posting lagi)

Cuma untuk kedai ni Ayam Penyet Surabaya, kalau dia goreng ayam / lele tu tak terlalu hangus/garing lagi better kowt. Kalau nak makan banyak better take away rice box ya. Portion kat kedai just nice.

RM13 jer set ini. Dapat juga air mineral kecil .
 


Rating

Food:

★★★★☆

Sangat-sangat berbaloi. Saya pernah beli box punya untuk takeaway, dia punya sambal macam extra lagi, kicap extra, semua macam banyak skit tak taulah kalau sebab waktu dah malam time tu.

Price:

★★★★☆

Waktu Operasi:

10:30am-8mlm
(Isnin - Ahad)

Lokasi 

61, Jalan USJ 9/5s, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Comments