Translate

Monster Planet Grill & Steamboat Buffet (Bukit Lanchong Putra Heights) [Recommended]

Steamboat Grill Murah dan Berbaloi, Pilihan macam Seoul Garden pakej biasa

Master Planet Grill & Steamboat ini macam viral sedikit. Ramai orang, sebaiknya cuba untuk tempah di talian whatsapp mereka. Boleh scroll bawah untuk tengok info tentang social media mereka. Overall saya memang recommend sebab pilihan makanan dia sangat banyak dah macam Seoul Garden yang pakej biasa(Monster grill punya pilihan lagi banyak) itu dengan harga yang rendah, bahan-bahan fresh, sangat berbaloi susah dah rasanya nak dapat grill and steamboat pada harga RM27/person (dewasa).


Btw tolong support blog saya dengan meninggalkan comment dan share link pada kawan yang lain. Saya hanya berkongsi kedai-kedai makan yang sekurang2nya worth it. Kalau x sedap or takder rasa..saya x masukkan dalam blog post saya. Semua yg dah filter.


Ambience

Suasana dia macam kampung-kampung. Parking banyak di side road kena sedikit hati-hati.  Ada tukang jaga parking minta dia guidekan. ni memang byk kereta pelanggan2.






Alatan Grill & Steam

Dia guna gas biasa kena hati2 kalau ada budak. Api kena kawal untuk cepat masak, kalau dah kurang masak slowkan. ni memang jimat style, kena berdiri nak masak. susah nak tgk. Api pun tak sekata, just try to control the heat and masak awal2 tu lama skit.

Food

Options makanan dia ada banyak, as following.

Ready-made









Nugget, Kentang Goreng, Cendawan Goreng Tepung, Cucur, Nasi Goreng, Kueh Tiauw Goreng, Kek Butter/Pisang, Mee Goreng

Daging (Marinated)




Daging Blackpepper, Daging Teriyaki

Review jujur. Daging dia keras skit, mungkin kena masak lama-lama lagi tapi saya x prefer lah. Kambing dia ok.

Kambing(Marinated)



Kambing Blackpepper, Kambing Salsa

Lembut, saya suka kambing dia lembut. masak betul2 cun.

Sotong (Marinated)



Sotong Kunyit, 


Ayam (Marinated)

Ayam Blackpepper, Ayam Kunyit

Saya tak ambil ayam sebab dah biasa sangat makan ayam.

Seafood

Kerang, Kupang, Lala, Udang, yang panjang tak tahu nama, Sotong kurita

Frozen Food






Segala bebola, crabstick, fish ball, fish cake, crab ball, sosej, cuttle/sotong ball. Benda-benda frozen mostly dia dah potong kecil2. Bagus juga, kurang pembaziran. Biasa kita gi steamboat makan besar-besar/biji-biji tak habis pun. Plus panas nak makan bebola besar-besar.

Sayur-sayuran

Sawi, Bayam, Cendawan, Salad, Tomato Cherry, Jagung, Bunga Kobis, Kobis Purple, Kangkung, Kobis dan few items saya tak snap!



p/s sis lupa nak balut ala2 Korea hahaha. boleh try!

Telur 



Telur ayam, telur puyuh

Mee



Mee Kuning, Mihun, Mee Sanggul?, Maggie, Mee Yong Tau foo/Chee Chun Fun, 

Buah-buahan



Tembikai, Oren

Kuih

Agar-agar

Ice-cream



Perisa vanilla & chocolate 

Sos


Sambal Kicap, Sos Asam, Sos Tiga Rasa, Sos Thai, Sos Manis, Sos Cili, Mayonnaise, Sos Blackpper.

Overall pilihan sos-sos dia biasa sahaja. Sos Manis tu kalau nak makan macam yong tau foo punya selection frozen bebola dengan mee dia sesuai. Bagi saya kalau dia buat sos betul2 untuk cicah ala2 Seoul Garden tu garlic chili sos, sos korea tu memang meletop lah lagi selera orang panggil :D 

Air 

Sirap dan Sarsi

Steamboat soup base

Tomyam dan Soup

Special Add On Menu

-CHEESE RM5 /PACK  
-KETAM 1KG / RM25 
-OYSTER 3pcs  RM10 
-OCTOPUS 1PIRING RM10
-BABY LOBSTER RM 5 SEEKOR (BELI 4 , FREE 1)

Extra Service

Birthday celebration


Rating

Food:

★★★★☆

Sangat-sangat berbaloi. Pilihan banyak, fresh. perut jer kena ready :P

Price:

★★★★☆

Dewasa : RM27
Kanak-kanak 6-12tahun: RM15
Kanak-kanak bawah 5 tahun: Free
Warga Emas 65 Keatas: RM20

Waktu Operasi:

5ptg-10:30mlm
(Selasa - Khamis)

5ptg-11:30mlm
(Jumaat-Ahad)

ok dia ada slot2 dia boleh PM mereka untuk details

tips saya book slot 9:30pm-11:30pm (2 jam) tapi saya datang awal dan makan awal :D. Kalau ada seat dia bagi jer~

Lokasi 

Monster Planet Grill & Steamboat
LOT 3662-B JALAN BESAR KG, Kampung Bukit Lanchung, 40400 Shah Alam, Selangor


Social Media 

Facebook

https://m.facebook.com/pages/category/malaysian-restaurant/Monster-Planet-Grill-Steamboat-1874985372813556/

Instagram

https://instagram.com/monsterplanetshahalam?igshid=YmMyMTA2M2Y=


Comments