Translate

Buat Sendiri Homemade Peanut Butter

Resipi Homemade Peanut Butter

Kita selalu beli peanut butter dekat kedai kan. Ada harga murah, ada harga mahal. Yang murah tu tak semestinya sihat banyak minyak dan gula.

Untuk makan peanut butter tanpa rasa bersalah dan sihat, sebaiknnya buatlah peanut butter sendiri.

Kalau simpan dalam peti sejuk, setiap kali nak makan tunggu dia cool down suhu bilik baru makan boleh tahan 1 bulan tau!. Saya dah cuba.

Kalau beli dekat kedai peanut butter yang macam ni selalu orang jual dalam RM10 dalam bekas kecil ini.


 Bahan-bahan

  1.  Kacang tanah 300gram / 2 cawan
  2.  Garam secukup rasa / satu sudu teh
 

 Cara-cara membuat

  1. Pertama sekali cuci dulu kacang tadi tu. Cuci bersih-bersih
  2. kacang yang digoreng tanpa minyak dalam kuali
  3. Lepas dah cuci, barulah kita goreng atas kuali tanpa minyak dalam masa 20-30minit sampailah kacang itu ranggup. Kacau jangan tak kacau takut hanggit pula :P
  4. Dah siap goreng. kena kupas pula kulit kacang. Inilah part yang paling leceh...
  5. Lepas dah siap kupas barulah masukkan kacang tadi (sedikit demi sedikit jangan sumbat semua pula kalau pakai blender kecil) dalam blender kecil, masukkan sedikit garam.
  6. Blend selama 30 saat, berhenti 30 saat, sambung balik sampailah jadi peanut butter. Nampak minyak keluar dari kacang
  7. Ulang step 4-5 sampai siap blend semua.
  8. Dah siap! Simpan peanut butter dalam balang kaca. Boleh tulis tarikh pembuatan juga. takut-takut lupa nanti expired :P

Video full tutorial

Kalau masih tak clear, hah boleh tengok video saya ni. Tq.



Comments