Translate

Kacang Pool Haji Johor

Salam Guys!

Kacang Pool Haji Johor ini adalah antara makanan yang recommended by most bloggers  / websites bila saya membuat carian tentang makanan di Johor! Ini yang membuatkan saya masukkan dalam itinerary KL-MELAKA-JB trip untuk mencuba sendiri rasa Kacang Pool ini!

Pertama sekali Kacang Pool Bukanlah sejenis makanan Johor. Tapi somehow, makanan ini mendapat perhatian ramai orang.

Selain daripada Kacang Pool Haji, makanan yang mendapat recommendation adalah Restoran Kari Kambing 40 Hari sekali lagi makanan ini bukan juga makanan asli Johor.

Kedua-dua menu ini merupakan makanan Arab, tapi telah diolah rasanya mengikut cita-rasa orang Malaysia!

Tapi makanan yang memang SAYA paling suka semasa belajar di Johor dahulu adalah sebenarnya makanan Jawa/Indonesia yang bernama Nasi Ayam Penyet/ Lele Penyet.

Ok mari kita teruskan cerita tentang Kacang Pool.

Masakan ini sebenarnya menggunakan kacang parang. Tapi dalam bahasa arab ia di panggil Ful. Dan masakan arab bernama Ful Medames inilah yang merupakan masakan original kacang pool ni.

Ful Medames / Kacang Pool original arab Gambar dari Internet

Kalau kita tengok gambar diatas, kuahnye lebih pekat berbanding kacang pool Malaysia ini. Dan ingredient dia juga lebih simple.

1 Set harga RM5 sahaja!

Ok melihat akan perkara ini tercetuslah idea untuk En Makpol menyediakan  Ful Medames baharu versi malaysia yang dinamakan sebagai Kacang Pool, ini kerana semasa beliau melawati negara Arab, beliau melihat orang berpusu-pusu untuk mendapatkan Ful Medames ini.

Tapi memang diolah resepi baharu sebab citarasa tak sama. Kalau di Arab mereka menggunakan roti Arab, di malaysia En Makpol menggunakan roti sandwich tebal.  Lebih hebat lagi Kacang Pool versi Malaysia ini ada daging didalamnya (daging kisar mungkin sebab halus rasanya).

En Makpol juga tidak menggunakan garam, msg dan gula. Resepinya sangat sihat!



Lihatlah Kacang Pool ini, ditambah pula dengan Telur Goreng, bawang potong, cili padi dan limau nipis. Memang padu habis! 

Roti yang tebal #puashati
 Selain itu terdapat juga menu lain seperti tauhu bakar, rojak buah, nasi lemak



kami makan di branch Medan selera Larkin (Stesen Bas Larkin) jadi order makanan lain dari kedai juga seperti ABC


 Kacang Pool Haji ini ada dua cawangan di Johor, yang saya pergi ini di Medan Selara Larkin Bomba. Kecil dan limited menunya tapi kacang pool dan roti ada~


Cawangan kedua mempunya menu tambahan seperti di bawah dan lebih luas selesa; sesuai untuk keluarga. Tak jauh pun dari cawangan pertama~
gambar internet

Food:
★★★★☆

Price:
★★★☆☆

Alamat :
i) Cawangan Pertama - No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak,  Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 1 am - Setiap Hari)



ii) Cawangan Kedua - No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin 80350 Johor Bahru
(Waktu Operasi : 7.00 am - 11.00 pm - Setiap Hari)

Comments

  1. kat putrajaya pon dh ade kacang pol haji camni.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah ah saya ada baca dia buka cawangan di putrajaya :D

      Delete

Post a Comment