Translate

Ais Salji/Snow Ice/Bingsu at Hanbing Restaurant, IOI City Mall Putrajaya [Mesti Cuba]

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk merasa pencuci mulut yang berasal dari Korea, di restoren Hanbing, IOI City Mall Putrajaya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama saya Cik Nurul Amira.

Saya nak ubah sedikit penulisan makanan di blog ini, saya akan cuba menyelitkan sedikit latar belakang makanan yang dicuba supaya kita lebih menghargai kewujudan sesuatu makan itu. Selama ini saya menulis dengan sangat ringkas, kerana khuatir tiada masa lapang yang panjang untuk sentiasa mengemas kini post yang baru.

Latar Belakang 

Sebelum bingsu diperkenalkan, makanan ini asalnya mengabungkan kisaran ais bersama pes kacang merah, kek nasi Korea atau tteok, dan kisaran kacang tanah halus. Ia dipanggil sebagai Patbingsu, iaitu pat = pes kacang merah , bingsu = kisaran ais , kisaran ais pes kacang merah.

Kemudiannya ia di ubah suai menjadi kisaran ais dengan gabungan perisa dan buah-buahan, koktel buah, ais krim dan pelbagai lagi. Gubahan moden juga mengguna perisa yang berbeza seperti coklat, teh hijau, kopi, dan yogurt.

Fakta Menarik

Bingsu ini tidak lari juga dari pencuci mulut Malaysia Ais Batu Campur, atau lebih dikenali sebagai ABC.
Namun perbezaan ketara terdapat pada tekstur kisaran ais tersebut. Kisaran Bingsu lebih halus dah lembut apabila cair di dalam mulut kita. Kombinasi ais halus itu telah sedikit menghasilkan rasa yang berbeza, dan seakan hampir dengan ais krim.

Saya rasa pemanis mulut dari Thailand juga mempunyai sifat yang sama dengan Bingsu. maaf tak ingat nama.

Bingsu juga tidak menggunakan terlampau banyak bahan seperti ABC. jadi kita dapat merasa nikmat bahan yang digabungkan.

Kali ini kami mencuba Mango Snow Ice

Kisaran ais + manga segar + susu + sirap mangga + ais krim (tekaan lidah saya) 
Portion besar boleh dikongsi bersama (2-4 orang)
Harga RM 30.30 (beserta cukai dan cas servis)

Lihatlah betapa halus gebu ais dia


Manga yang fresh dan manis, gabungan sangat menarik susu, manga, sirap manga..

Di bahagian bawah bingsu dapat rasa kemanisan susu.


Hanbing
Turut menyediakan juadah Korea yang lain, namun kami tak pernah cuba, jadi no comment.

Tapi Snow Ice ni memang.. kami suggest ler. sedap!

Review
Kesedapan bingsu = 5 * * * * *
Suasana kedai = 3 * * *  ( typical modern restaurant)
Servis = 4 * * * *
Harga = 3 * * * (terlalu mahal untuk juadah ais)

Alamat
Hanbing Korean Dessert Cafe, IOI City Mall Putrajaya

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 12:00-00:00
Jumaat - Sabtu : 12:00-01:00
Ahad: 12:00-00:00

Laman Sesawang
http://www.hanbing.my

Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Patbingsu









Comments