assalamualaikum, hari ni kami yang kuat makan terjah ke kedai Ana ikan bakar yang terletak di bangi.
view hadapan kedai
terdapat pelbagai pilihan ikan, jenis masakan.
sotongnya saiz besar2
udang pon sama!
tips:
1) datang lebih dari seorang if possible, sorunk boleh chop meja dan sorang lagi boleh beratur dan mula memilih lauk.
2) membuat kepastian dengan pihak pekerja kedai yang kita dapat lauk yang kita order eg; saya pilih 5 ekor udang besar untuk dimasak goreng tepung. pastikan yang saya mendapat 5 ekor udang kembali, tidak lebih, tidak kurang, dengan saiz yang betul harga di charge mengikut gram.
sup cendawan:
rasa biasa-biasa, terdapat cendawan, ayam, daun bawang dan cili hijau.
harga : rm 4.50
ikan pari bakar
rasa tersendiri, caution ; terdapat petai didalam ikan bakar di kedai ana.
harga: rm15 (kami mengambil bahagian yang kecil)
sotong goreng tepung
rasa tepung bersama garam dah sedikit telur
sotong yg digoreng sangat lembut rasanya
harga: rm 22 (2 ekor sotong besar)
#cadangan untuk dua orang makan hanya mengambil seekor sotong besar
udang goreng tepung
rasa tepung bersama garam dah sedikit telur
udang yang digoreng rasanya biasa
harga: rm 30 (5 ekor udang besar)
#cadangan untuk 2 orang makan, boleh mengambil 2 ekor udang seorang
Alamat : Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Isnin - Ahad 5 pm - 12 am
Jenis Makanan : Malaysia & Seafood
Rating Makanan : 3/5
Rating Tempat : 3/5
Rating Harga : 4/5
Keistimewaan: masakan bakar yang menggunakan sambal petai, parking banyak, harga berpatutan
Comments
Post a Comment