Masakan Punjabi di Big Singh Chapati : SS15 Subang Jaya (Recommended)

Hi semua,

setelah lama tidak post, gara2 terjebak dengan Instagram.

saya mencuba untuk melihat trend di instagram, ingat boleh promo blog, tapi rasanya content yang ditulis di instagram lebih ringkas dan nampaknya saya gagal. maka kali ni saya akan teruskan dengan post di blog...


okaih. so member saya ajak makan dia Big Singh Chapati, recommended oleh bos dia. ex-bos saya :P

jujur cakap sebab sebagai seorang yang tak biasa ngan Singh Cuisine, saya memang suka sangat ngan rasa2 makanan kat sini.

sedap lah juga boleh capai standard Indian food yang saya makan kat Hyderabad, India.



kami try

1. butter chicken
2. paneer tikka butter masala
3. bhendi masala
4. biryani rice (big size), not that big but can share with 2 people.

so mana satu pilihan perut dan hati?

PANEER TIKKA BUTTER MASALA.

dalam gambar yang mangkuk ada kuah warna kehijauan.

ok sepatutnya  paneer ini dia diperbuat dari cottage cheese. sedikit lain lah bahan ramuan dia seperti takder garam or heavy cream.

awalnya saya ingat benda ini TAUHU. omg. saya memang confuse, tauhu apa yang sedap sangat, makan sekali nak lagi macam ganja. rupaya paneer ni cheese.

dia nyer kuah tak tau lah nak cakap memang sedap okay.

ni resepi dekat online http://foodviva.com/curry-recipes/paneer-tikka-masala-recipe/

penuh dengan rasa rempah2, klu tengok  dalam resepi kat atas ni patut nya mungkinlah ada letak cashew nut skali. kuah dia memang rich taste. AMAZING.

next

BHENDI MASALA

dalam gambar warna coklat gelap

not bad. memang sis tak pernah makan masakan bendi sebegitu, pedas tau, tapi sedap makan camtu jer, kami nasi share. nasi tak makan banyak sangat LAUK pauk tu abis diratah.

BUTTER CHICKEN

dalam gambar warna merah - keorenan

ok lah, tapi tak sesuai ngan selera saya sangat. good to try.

klu ikutkan resepi butter chicken India vs Melayu tak sama. selalu Indian version dia guna yogurt or curd

kita guna susu cair and rasa pon memang tak sama. sedap juga versi India, klu orang suka yogurt dish + tomatoes and all rempahs.

saya pernah try buat tapi sebab yogurt dah masam campur tomato puree lagilah masam so kat kedai ni nyer tak masam langsung.

cer try usha resepi butter chicken

makan kat sini memang melepas juga rindu makanan di India, bahkan saya rasa ada certain dish lebih sedap makan kat sini.

masakan India kebanyakkan rich dengan flavors and rempah. memang terangkat klu makan.

Kesedapan:
5

Kawasan:
ada lalat kadang2 masa tengah makan. owner kena jaga skit.

Harga:
3 ----- MAHAL-- tapi berbaloi~

Alamat :
No 41, Jalan SS 15/5A, Subang Jaya, Selangor.

Jenis Masakan:
Punjabi

Waktu Operasi:
Hari-Hari , 11 am – 11 pm

No tel:
016-224 7129

















Comments

Popular Posts