Translate

Restoran Miyagi : Bangi


Saya memang ler suka masakan jepun. tapi nak cari yang halalan tu payah skit, pastu nak cari yang sodap pon payah skit. Maka baru2 ni kami gi terjah kat restoran miyagi. duk google2 mana tempat bleh try. maka sampai bangi saya cari!


Lepas order dia kasi tuala panas beserta chopstick. so bleh lah nak lap2 tangan. lap2 tengkok hahah.


sushi Chuka Itaku (RM 7- 2 pieces), sushi Tamago nigiri (RM6 - 2pieces)

rasa dia sedap skit dari sushi king



California maki (4 big pieces RM12)

big portion. puas ati. rasa ok-ok

chicken teriyaki set. ada ayam, miso sup, chawan mushi, nasi, macaroni cheese, tembikai limau, kobis masin
rasa ok-ok


chicken curry set. ada ayam, miso sup, chawan mushi, nasi, macaroni cheese, tembikai limau, kobis masin
rasa kari dia lain skit dari kari Malaysia. ayam tu dia goreng. cuma satu ah. rasa dia sejukkkk..i prefer hot food.

aku tak tau kenapa aku suka ngat miso sup ni

lobak asin. 

macharoni cheese? 

tembikai fresh gak


tak ingat nama desert ni. sedap. dia kasi free

aku suka interior design dia japanese sangat. 


ok dekat ngan mesjid so sape nak solat leh jalan kaki terus. masjid opposite road.
Alamat : No. 2A, Jalan Medan PB 1, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Jenis Makanan : Masakan Jepun
Rating Makanan : 3.5/5
Rating Tempat : 4/5
Rating Harga : 3/5
Waktu Operasi : 11.30am - 2.30pm & 5.30pm -9.30pm
Website : http://miyagijapaneserestaurant.com.my/
No tel : 03-8927 4246

Keistimewaan : suasana jepun, servis baik, big portion, pelbagai pilihan tapi banyak ikan. pada yang tak suka ikan probably tak banyak pilihan sangat

Komen : makanan dia ada yang ok-ok , harga pricey.. 



Comments

Popular Posts